Baju Kurung Pahang

Perkembangan fesyen hari ini semakin pantas selari dengan perubahan trend 2021 dengan pelbagai stail baru dan menyuntik sedikit elemen moden agar ia sentiasa menjadi pilihan wanita.

Walaubagaimanapun, setiap revolusi demi revolusi dalam perubahan pakaian traditional, identiti asal fesyen masih dikekalkan seperti Baju Kurung Pahang. Baju Kurung Pahang tidak pernah ditelan zaman malah masih digayakan di majlis majlis keramaian, di pejabat serta dijadikan trend pada Hari Raya. Baju Kurung Pahang juga dikenali sebagai Baju Kurung Riau Pahang dimana pesaknya tergantung dan tidak mempunyai kekek. Terdapat beberapa pilihan fesyen Baju Kurung Pahang di Gio Fabrics yang sudah semestinya menepati citarasa anda.

 

Baju Kurung Pahang Daniella 2020 (Nutmeg & Emerald Green)

 

 

Baju Kurung Pahang Daniella merupakan Baju Kurung Pahang yang masih mengekalkan ciri ciri tradisional. Kelihatan simple tetapi elegan. Diperbuat daripada kain jenis european twill cotton yang memberi keselesaan kepada si pemakai. Baju Kurung Pahang Daniella didatangi dengan 6 warna yang menarik dan mempunyai saiz dari S hingga XL.

 

Baju Kurung Pahang Mahsuri 2020 (Mustard & Purple)

 

 

Baju Kurung Pahang Mahsuri tampil ringkas dan bergaya tanpa imej sarat serta dikombinasikan dengan baju yang diperbuat daripada kain jenis Tartan checks cotton. Dipadankan dengan kain potongan lipat batik yang sesuai digayakan untuk menghadiri acara atau majlis serta memberi keselesaan kepada si pemakai. Terdapat saiz dari XS hingga XXL dan hadir dalam 19 warna yang menarik buat anda.