Baju Kurung Kedah

Kelazimannya, apabila hampir tiba Hari Raya Aidilfitri maka kebanyakan di antara kita sibuk membuat persiapan salah satu daripadanya ialah menyediakan pakaian untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri 2021 yang akan tiba tidak lama lagi.

Baju kurung sangat terkenal dengan Hari Raya, tetapi di zaman serba moden kini, dari kebanyakan fesyen baju kurung yang ada, terdapat juga fesyen yang sesuai untuk digayakan pada Hari Raya 2021 dan juga sesuai untuk wanita berhijab iaitu Baju Kurung Kedah. Busana ini mempunyai ciri khas yang tersendiri. Kini di Gio Fabrics, terdapat beberapa pilihan fesyen Baju Kurung Kedah dengan kombinasi yang menarik dan sesuai untuk anda.

Baju Kurung Kedah 2020 (Baby Blue & Lilac Purple)

 

 

Baju Kurung Kedah Eshal diperbuat daripada kain jenis Umo Crepe dan dikombinasikan dengan "bordered stripe organdy" pada bahagian bawah baju dan hujung lengan baju serta dipadankan dengan kain potongan lipat batik yang sangat selesa dan memudahkan pegerakkan si pemakai. Terdapat saiz S hingga XL dan hadir dalam 4 warna yang menarik buat anda.

 

Baju Kurung Kedah 2020 (Military Olive & Denim Blue)

 

 

Baju Kurung Kedah Pesak Melur memberikan gaya yang sopan dan elegan kepada si pemakai. Walaupun rekaan klasik menjadi tema utama, sentuhan moden minimalis tetap diberikan. Secara jauh, Baju Kurung Kedah Pesak Melur tampil ringkas dan bergaya tanpa imej sarat serta dipadankan dengan kain bercorak batik dengan dua pilihan corak yang berbeza. Dikombinasikan dengan kain potongan lipat batik yang sesuai digayakan untuk menghadiri acara atau majlis. Terdapat saiz S hingga XXL dan hadir dalam 8 warna yang menarik buat anda.

 

Baju Kurung Kedah 2020 (Emeral Green & Maroon)

 

 

Baju Kurung Kedah Dahlia merupakan Baju Kurung Kedah yang sangat simple tetapi kelihatan elegan. Mempunyai potongan baju yang sedikit berbeza dimana potongan pada bahagian belakang baju lebih labuh berbanding daripada bahagian hadapan. Si pemakai akan kelihatan manis dan sopan apabila menggayakan Baju Kurung Kedah Dahlia. Baju Kurung Kedah Dahlia didatangi dengan 5 warna yang menarik dan mempunyai saiz dari S hingga XL.